Senin, 24 September 2012

Rindu pantai pada desiran ombak

Sering aku berdiri di sini
melihat awan merah
menyapa senja di kaki langit
setia kasih pantai pada ombak.

Sering aku terlihat kemesraan
keakraban pantai dan ombak
Ah, aku jadi cemburu
betapa ia amat menyeksakan
dan menyakitkan kalbuku.

Aku tahu ombak dan pantai
senada seirama sehati sejiwa
pantai tak pernah mungkir
pada setiap kehadiran ombaknya
pantai juga sering terlena
ke hujung noktah penantiannya.

Aku faham eratnya ikatan hati
ombak sering berkunjung
pantai menunggu penuh rindu

fahamlah aku kini
arti kesetiaan dan kasih sayang
mungkin aku yang tidak mengerti
antara realiti lumrah alam ini
kerana aku tinggal di sini
menjadi penyaksi yang tak diundang
setelah ditinggalkan.

Aku seperti pantai
rindu pada desiran ombak…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar